Book Record
Bila Jiwa Penuh Warna Duka
Osman Deen
Catalog Details
Dewey Number
800
Author Code
OSM
Code Number
800. OSM
Book ID
B138
Category
Literature
Subject
Novel
Synopsis
Bila Jiwa Penuh Warna Duka follows Adi, who has been able to see people's emotions as colours since the death of his mother. He eventually discovers how powerfully emotion and colour can shape theatre and dreams of becoming a great director. But a tragedy involving one of his performers leaves him convinced that his confidence in understanding others has caused harm. Adi abandons directing and retreats behind the scenes until an unexpected crisis leaves a production without anyone else able to lead it. Forced to choose between fear and the art he once loved, he must confront guilt, responsibility and whether a painful mistake should determine the rest of his life.
Availability
Status
Current availability
Member Rating
Not yet rated.
Curator Review
Amelia Zulkifli
From Amelia's Bookshelf
Bila mana kita boleh melihat emosi orang lain dari mata kita sendiri, boleh jadi mendatangkan kelebihan pada kita, tapi mungkin juga akan mendatangkan kemudaratan. Kita selalu rasa kita dah tahu semua dari pandangan kita, tetapi hakikatnya tiada orang yang boleh membaca 100% isi hati seseorang. Begitulah Adi, seorang insan yang dikurniakan kebolehan untuk melihat warna pada seseorang bergantung pada perasaan mereka. Warna biru untuk perasaan tenang, warna merah boleh jadi semangat atau marah dan saya paling suka warna kuning dan jingga iaitu warna kegembiraan. Seronok baca buku ni bila encounter macam-macam warna yang menunjukkan emosi orang itu. Dengan kelebihan Adi ni, dia telah menjadi seorang yang sensitif dengan emosi orang sekeliling. Dia juga seorang penulis skrip dan pengarah produksi teater yang berbakat. Tetapi ada suatu insiden yang mendatangkan trauma padanya menyebabkan Adi berhenti menjadi pengarah dan hanya selesa menjadi orang belakang tabir sejak beberapa tahun belakangan. Nak dijadikan cerita, ada suatu insiden yang berlaku kepada Hamdi (kawan baik Adi) yang menyebabkan Adi perlu menggantikan tempat Hamdi sebagai pengarah teater. Saya sangat jatuh hati dengan industri teater yang diketengahkan dalam novel ni. Bukan senang ya nak menjayakan satu produksi. Berangan juga kalau ada rezeki nanti nak pergi menonton teater dan menyokong industri yang semakin tidak kedengaran kewujudannya dek kerana pelbagai hiburan percuma yang mudah didapati. Dengan itu, Adi mendepani beberapa konflik yang perlu dia hadapi dan selesaikan. Bagi saya, konflik yang dihadapi tidaklah kompleks. Hanya beberapa hal kecil tetapi kurang berjaya membuatkan saya menikmati keseluruhan bacaan. Tiada unsur suspens atau pun plot twist. Buku ni ala-ala healing juga lah. Ini buku ketiga yang saya baca dari Osman Deen dan baru perasan karya-karya beliau ada unsur magikal sikit tapi bukan lah sampai jadi novel fantasi. Apa-apa pun, syabas penulis atas idea yang lain dari yang lain ni.
Reader Notes
Member reviews
0 reviews
No reviews yet
Be the first member to share your thoughts about this book.
Member Reviews
Have you read this book?
Log in to rate this book and share your thoughts with other readers.
Log in to review