Book Record
Perempuan Luka Kalis Kecewa
Nik Nur Madihah
Catalog Details
Dewey Number
100
Author Code
NIK
Code Number
100. NIK
Book ID
B103
Category
Philosophy & Psychology
Subject
Psychology
Synopsis
Perempuan Luka Kalis Kecewa is a reflective exploration of womanhood, resilience and the pressures women face while navigating changing expectations. Nik Nur Madihah considers women who endure difficulty, rebuild after emotional hurt, defend their principles and continue giving despite carrying burdens that may remain unseen. The book examines inherited roles alongside the choices demanded by contemporary life, asking how women can balance courage with tenderness, responsibility with self-respect and social expectations with personal conviction. Rather than treating pain as the defining feature of a woman's story, it honours the capacity to grow, think critically and continue believing in a meaningful life.
Availability
Status
Current availability
Member Rating
Not yet rated.
Curator Review
Amelia Zulkifli
From Amelia's Bookshelf
Buku pertama yang saya baca dari kulit depan ke kulit belakang dari Nik Nurul Madihah. Sebelum ni saya pernah juga cuba baca Noktah Terjahit tapi entah kenapa tak dapat nak habiskan dan saya pulangkan pada library. Saya percaya setiap buku datang pada waktu yang tepat untuk kita. Buku ni baru saja diterbitkan pada PBAKL 2025 yang lalu. Mulanya tak ada dalam senarai buku yang nak saya beli, tapi bila di booth Jejak Tarbiah, terus jatuh cinta dengan tajuk dan cover (cantik, kan). Tak baca apa-apa pun terus ambil dan bayar. Buku ini juga yang pertama saya baca dari pembelian PBAKL saya dan jujur boleh saya katakan yang ini adalah antara pembacaan terbaik 2025 saya. Penulis Nik Nurul Madihah berkongsi cerita, pendapat dan nilai-nilai yang beliau perjuangkan dalam perkataan yang bukannya nak memberi comfort, tetapi lebih kepada memberi pelajaran dan peringatan. Banyak kali juga saya tersentak kerana apa yang dikatakan benar belaka. Kita terlalu selesa dengan tipu daya dunia dan langsung tidak memikirkan secara serius dengan masa depan kita selepas kematian kelak. Sebagai seorang perempuan, pernah tak saya fikir apa erti saya diciptakan menjadi seorang perempuan? Apakah fungsi sebenar-benarnya saya di dunia ini. Penulis bermula dengan bab watak-watak perempuan. Betapa perempuan mempunyai banyak topi-topi karakter yang dipakaikan pada mereka. Seterusnya, cabaran dan kualiti seorang perempuan itu. Saya suka sebab saya mula jadi sedar betapa berharga dan istimewa nya saya bergelar si perempuan. Apa lagi nak saya ulas tentang buku yang membuatkan saya menangis teresak-esak sampai habis tisu dan basah buku. Kenapa sampai macam tu sekali ? Kerana kisah penulis hampir sama dengan saya. Saya sangatlah terkesan dengan bab-bab akhir, hakikat tentang kematian. Lebih-lebih lagi kehilangan orang yang paling saya sayang dalam dunia ini, tiada orang yang akan menyayangi saya lebih dari beliau sayang saya, iaitu seorang sosok ibu. Hakikatnya, ujian sakit kanser selama beberapa tahun dan diakhiri dengan kematian pada penghujungnya bukan lah ujian arwah seorang, tetapi pada saya dan pada keluarga. Tak akan sesekali pengalaman menjaga orang yang sakit, yang meniti masa berbaki boleh saya lupakan. Allah memilihku atas hikmah yang terlalu besar untuk saya fahamkan. Pernah terfikir yang kita takkan pernah boleh hidup tanpa seseorang, you can’t never imagine, tetapi itulah, you survived eventually. Ada hari-hari yang baik, ada hari yang kita terlalu rindu, yang tak boleh nak ungkap dengan kata-kata, tetapi penulis berjaya, menyampaikan rasa saya dalam setiap perkataan dan perenggan beliau. Seolah-olah beliau berada dalam fikiran saya. Penulis sememangnya dikurniakan Allah SWT untuk menulis dengan begitu indah tetapi menusuk pada masa yang sama. The kind of ‘healing’ that I need. Bukan sekadar memujuk tetapi memberi kesedaran untuk berpijak pada bumi yang nyata. Khususnya untuk perempuan, yang sentiasa berusaha untuk membaiki diri, untuk meraih redha Allah, buku ini wajib baca ya.
Reader Notes
Member reviews
0 reviews
No reviews yet
Be the first member to share your thoughts about this book.
Member Reviews
Have you read this book?
Log in to rate this book and share your thoughts with other readers.
Log in to review