Amelia Zulkifli
From Amelia's Bookshelf
★★★★★Buku ini buku pertama saya baca tulisan Tuan Hafizul Faiz. Beberapa tahun lepas, pasca covid tak silap saya, muncul lambakan ‘buku healing’. Istilah baharu yang diperkenalkan pada warga Malaysia terutamanya golongan muda menjadi begitu popular yang hampir semua orang tiba-tiba merasakan mereka memerlukan sesi healing. Jadinya, dari situlah saya kenal nama Hafizul Faiz bila mana beliau pernah viral kerana menjual buku healing pada harga mahal. Jika kita merasa skeptikal atau ragu-ragu, baca lah sendiri. Kalau kita bukan lah target reader, move on sahaja. Banyak lagi buku lain. Ternyata, beliau mempunyai tujuan sendiri dimana beliau mempunyai kelebihan untuk menyentuh hati para pembaca melalui tulisan. Jadinya, masyarakat memerlukan ‘buku healing’ kerana terlalu ramai manusia yang perlukan nya ketika itu. Ok, membebel pula ye.
Setelah mendengar dan membaca banyak review tentang buku beliau yang ini, saya akhirnya terbuka hati untuk membeli naskhah tulisan beliau. Beli di platform tt, dapat murah banyak bila kita guna kawan punya voucher haha (kita kena jadi pengguna bijak juga ya). Saya juga memulai pembacaan asbab aktiviti group online membaca saya. ‘Cuma aku, lukaku dan Tuhanku; Catatan Refleksi 30 Juzuk al-Quran’ ini sebuah buku yang saya kira sangat mudah untuk dibaca tetapi dapat menusuk ke dalam kalbu dengan begitu dalam sekali.
AlQuran, sudah berapa tahun kita baca ? Berapa kerap kita baca? Sejauh mana ia memberi kesan dalam hidup kita ? Sekiranya kita tersentuh hati tatkala membaca tulisan manusia, cuba beri perhatian sejauh mana kita tersentuh hati apabila membaca Al-Quran. Semua panduan dan jawapan ada dalam Al-Quran. Cuma tinggal kita sendiri untuk mencari dan belajar (saya lah itu).
Tulisan Tuan Hafizul juga seolah-olah sedang bercakap dengan bersahaja dengan pembaca.
Isi kandungan buku menghimpunkan sebuah refleksi kecil dari setiap satu juz. Kalau nak himpunkan semua, perlu buku yang lain lah pula. Saya tidak rasa terbeban langsung dalam memahami, apa yang hendak disampaikan bila mana penulis banyak kaitkan maksud perkataan/huruf daripada sisi lain. Saya rasa lebih terinspirasi untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mendalam dan konsisten selepas ini. Moga-moga, kita semua akan menjadi insan yang lebih baik selepas setiap satu buku.